2-3 menjak ni, jikalau masa penulis tak dihabiskan dengan menonton pelbagai tajuk drama jepang, penulis selalunya boleh dilihat menggunakan pakcik Google tanpa henti untuk mencari jurnal, buku, dan juga artikel berkaitan.
Ini adelah disebabkan tugasan penulis untuk semester ini semuanye lahanat2 belaka. Sekarang barulah penulis terasa seperti seorang pelajar tahun dua yang bakal memasuki tahun ketiga pada semester hadapan. Masa untuk bersenang lenang masih ada, cuma jiwa sentiasa resah gelisah diburu tarikh akhir untuk serahan tugasan. Padahal sebenarnya lecturer semuanya sudah memberikan tajuk-tajuk tugasan sejak minggu pertama/kedua semester ini lagi. Cuma penulis sahaja yang buat2 lupa akan kewujudan mendealah2 tersebut.
Berikut adelah senarai tugasan penulis -
Principles & Practices in Management
- 2 events, satu di dalam UNiSEL, satu lagi trip ke organisasi di luar UNiSEL. Kedua2nya selepas raya nanti. Sementara itu, Mr. X (bukan nama sebenar) telahpun mengerah kami membaca dan summarizekan jurnal tentang topik pengurusan 2 minggu lepas. Selepas ini dia mahu kami bersiap sedia dengan satu isu terkini tentang pengurusan (kami perlu mendapatkan artikel dari akhbar berbahasa Inggeris dan membentang mengenai isu tersebut pada kelas2 akan datang. Yay sesangat XD)
Organizational Behaviour
- Mdm Y (bukan nama sebenar) mahu tugasan diserahkan pada minggu ke 12. Beban kerja untuk setiap minggu juga tidak banyak. Lecturer contoh untuk fakulti perniagaan kerana membantu pelajar memahami topik yang complicated dengan mudah.
Seminar of Current Issues in I/O Psychology
- Mini seminar pada minggu ke 9. Big seminar pada minggu ke 11. Kajiselidik untuk big seminar masih belum siap. Persediaan untuk mini seminar juga masih banyak kekurangan. Tu belum masuk lagi kena tulis report bagai lepas kedua-dua seminar tersebut.
Work Psychology
- Tugasan perlu diserahkan pada minggu ke 12 juga. Anda nampak bukan paten di sini? Kesemuanya perlu dihantar pada minggu ke 12, tapi kami semua jenis yang gemarkan adrenaline rush bila melakukan kerja pada saat2 terakhir.
Workplace Counselling
- Minggu ke 8/9. Terdapat kekeliruan dan percanggahan pendapat mengenai tarikh sebenar tugasan perlu diserahkan. Kami sudah mendapat bahan, cuma sedang mencari mood untuk memulakan penulisan sahaje.
Psychological Testing
- Antara subjek paling mencabar yang pernah dipelajari. Berjaya menewaskan subjek Sociology, Work, and Industry kelolaan Prof Z (bukan nama sebenar). Tugasan kami mungkin perlu dibentangkan pada minggu ke 12/13 kerana tajuk kami adelah tajuk yang terakhir ("happy" sesangat semua pun minggu 12). Oh, ada sesiapa yang tahu di mana kami boleh mendapatkan mendealah manual untuk Minnesota Clerical Test? Teman sebilik merangkap rakan sekuliah penulis telah berpenat lelah berulang-alik ke UIA, namun hanya berita buruk yang diterima. Kami akan cuba bertanya UKM, namun jauh di sudut hati kami, sememangnya kami rasakan test yang validity nya diragui itu sememangnya tak wujud di IPTA di semenanjung. Kalau di UMS mungkin ada kerana UMS turut menawarkan kursus yang sama dengan kursus penulis sekarang, tapi adakah orang yang ingin menaja kami ke sana?
Sekian,
maafkan penulis kerana merapu dan merepek serta meraban untuk entri kali ni.
No comments:
Post a Comment